Tarikh 8.11.2009...masih tersemat tarikh tersebut di fikirannya...tarikh itu mungkin tidak akan dilupainya...tarikh itulah yg membuatkan kehidupan dia sekeluarga berubah serta merta...tarikh itu jugaklah yang memberikan kesan yg amat dalam, kepada dirinya dan kehidupannya...orang lain tidak merasa apa yg mereka lalui...pahit dan getirnya hanya dilalui mereka sekeluarga....kisahnya bermula....
Pada hari minggu itu...Nuri, ibunya (Aisyah) dan adiknya (Faim) telah bermalam di rumah (atok) keluarga sebelah ibunya...keesokan paginya, Pn.Aisyah sedang menunggu suaminya (En.Halim) kerana telah berjanji untuk ke pasar beli keperluan...En.Halim tidak turut serta tidur di rumah ibu mertuanya kerana dia tidak berapa sihat dan memang kemahuannya sendiri...En.Halim mengalami demam yg agak teruk dan mempunyai penyakit darah tinggi....Setelah beberapa jam lamanya tunggu En Halim tidak tiba juga...Pn.Aisyah membuat keputusan untuk balik ke rumah, jarak antara rumahnya dan rumah ibunya tidaklah sejauh mana...(kalau ikut balik pulau..antara permatang tepi ke kampung terang tuu)...Pn.Aisyah balik ke rumahnya dengan menaiki motorsikal...Nuri dan adiknya masih di rumah atok mereka...sudah siap berpakaian dan bersarapan..mereka hanya bersantai di rumah atok mereka...
Setelah beberapa lama, Mak Su Nah, jiran sebelah rumah atok Nuri datang ke rumah...dengan wajah yg tenang..dia memberitahu.."Nuri...siap cepat..abah kamu masuk hospital tuu"...Nuri pula..."Haaa...jgn main2 Mak Su Nah...Mak Su Nah tipukan"...Nuri ketawa kecil....Nuri masih ketawa....ketawa untuk menghilangkan rasa hatinya yg masih tidak percaya dengan berita yg disampaikan...hatinya berkata-kata.."Betul ke apa yg mak su nah cakap tu???"...Beberapa minit kemudian, kereta Gen-2 jingga masuk ke perkarangan rumah atok Nuri...Kereta tersebut adalah kereta mak su sebelah abah Nuri...dinaiki oleh Tok Fazilah, mAK SU Wanie dan anak mak su wanie...Tok Fazilah keluar dari kereta .....terus menyuruh Nuri dan adiknya membawa barang kami yg ada...Tok Fazilah masuk ke dalam rumah dan memberitahu kepada Tok Badariah bahawa dia akan membawa kami pergi ke Hospital Pulau Pinang...Tok Fazilah menyatakan abah Nuri telah dimasukkan ke hospital tersebut kerana mengalami serangan strok....mendengar pengakuan itu..hati Nuri tiba-tiba berasa tidak enak...hatinya betul2 resah....dia masih keliru dan masih tidak mempercayainya.... Tangisan dari kedua-dua ibu itu kedengaran kuat sekali...Nuri dalam kebinggungan...
Sebelum pergi ke General Hospital(GH)...Tok Fazilah membawa Nuri pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan abahnya untuk dibawa nanti...Sampai di rumah...Nuri melihat pintu rumahnya terbuka...Nuri menapak masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik orang tuanya...selangkah masuk ke dalam bilik tersebut...ada bau yg tidak enak....terdapat almari pakaian yg besar di sebelah kiri tepi bilik, selari dengan pintu....dan hadapan almari tersebut ada sebuah katil queen....ruang antara katil dan almari tersebut, di bawahnya terdapat air....air itu yg memberi bau yg tidak enak tadi...(faham2lah..x sampai hati nak cakap)...Nuri membersihkan air tersebut sehingga bersih...dia masih tidak dapat membayangkan...bagaimana air tersebut boleh ada di sudut itu...tanpa melengahkan masa...mereka bertolak ke GH...
Setibanya di GH...Nuri hanya mengikut langkah Tok Fazilah dan Mak Su Wanienya menuju ke tempat, dimana abahnya di tempatkan....Tibanya di 1 blok ini tertulis ICU...hanya pesakit yg kritikal sahaja di bawa masuk ke dalam wad ini...Nuri yg baru lepas PMR tersebut berasa sangat sedih...jiwanya x tenteram...dia berasa takut...di hadapan pintu wad tersebut kelihatan emaknya ytg sedang mengatur langkah ke arah mereka...terlihat jelas sekali wajah sedih ibunya...namun, hati Nuri memang keras macam batu..hatinya tidak selembut ibunya yg memang mudah mengalirkan air mata...tapi kesedihan tetap berbekas di hati Nuri...sudah tiba waktu melawat barulah mudah untuk masuk wad tersebut...Nuri perlahan mengatur langkah membuntuti langkah ibunya...dan terkejutnya Nuri apabila melihat sekujur tubuh abahnya yg terbaring di atas katil, dengan wayer2 yg banyak terlekat di badan abahnya...memang meruntun hatinya...kalau boleh biarlah dirinya saja yg berada dalam keadaan sebegitu...dia tak sanggup untuk melihat abahnya dengan keadaan yg sangat tidak upaya itu...En Halim yg dulunya bisa melakukan apa sahaja untuk keluarganya..dan kini terasa pantas sekali...dia sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa kepada keluarganya...dalam kesedihan itu,Nuri masih menguatkan dirinya supaya tidak nampak sedih di hadapan semua orang...air mata amat sukar untuk mengalir daripada matanya...
Nuri duduk bersebelahan abahnya...dia melihat abahnya...hati sahaja yang berkata2.."Macam mana abah boleh jadi macam nie?"...."Abah cepatlah sembuh tau...Nuri tak sanggup tengok abah terlantar macam nie...Abah cepatlah sembuh..."......hanya itu dan bermacam2 lagi hatinya berkata2....apabila tiba waktu solat, Nuri akan turun ke bahagian bawah untuk menunaikan solat di surau....di situlah dia berdoa semoga abahnya sembuh dan tidak berlaku apa-apa lagi hal yg menyakitkan abahnya lagi...wajahnya tetap tenang...air matanya sukar mengalir...ketabahan hatinya di kuatkan....siapa yg tidak sedih bila abah yg sebelum ini tampak sihat di matanya...dengan sekelip mata kini terlantar sakit di hospital...
Selepas itu, pada malam hari pula, ahli keluarga sebelah ibunya dari Kuala Lumpur datang...2 buah keluarga...sebelah Mak Teh...dan Pak Ngah Nuri....walaupun bulan 11 itu masih ada hari persekolahan...sepupu Nuri sanggup pulang sekali bersama keluarga mereka semata-mata untuk melawat abahnya hari tersebut...amat terkilan sekali hati Nuri...berterima kasih sangat2 untuk saudaranya itu....mereka juga memberi semangat dan mengharapkan Nuri dan keluarga menerimanya dengan tabah....ibu Nuri masih dengan kesedihannya...mana tidaknya, suami terlantar dan kejadian mula2 yg berlaku di rumah...hanya Pn.Aisyah yg mengetahuinya....Nuri ada terdengar ibunya bercerita bagaimana kejadian pagi2 sewaktu dia tiba di rumah...terdengar suara yg kurang jelas dari bilik yg menempatkan abah Nuri tidur....terdengar suara itu, yakinlah yang itu adalah suara En Halim...pintu rumah terkunci dari dalam...bagaimana mahu masuk...jiran sebelah iaitu Pak Ndak Man...menolong dengan memecahkan terus pintu rumah...ibu terus masuk dan didapati...abah sudah tertiarap dalam keadaan mengiring dan tidak mampu untuk bergerak....terdengarnya Nuri dengan cerita itu Nuri tidak mampu untuk membayangkan lebih lanjut...keadaannya amat seksa sekali...kasihan En.Halim...mungkin kejadian itu sudah lama terjadi...bagaimana dia jatuh dari katil..bagaimana dia strok..bagaimana itu...bagaimana ini...macam2 persoalan terlintas di fikiran Nuri...Nuri tidak mahu memikirkannya...dia tidak mahu bersedih ketika itu....dia hanya mendengar tanpa perasaan...
Sepanjang hari itu, ramai juga yg datang melawat...Nuri di suruh pulang bersama Tok Fazilah...Pn Aisyah tidak mahu pulang kerana ingin menemani En Halim di wad...Nuri cuma akur...setibanya di rumah Tok Fazilah...Nuri terus menyiapkan dirinya untuk tidur...semasa tidur...Nuri hanya menutup matanya tetapi fikirannya kepada abahnya...dia masih memikirkan keadaan abahnya...keadaan abahnya terlantar di atas katil..keadaan abahnya yg kaku kerana koma...terdapat darah beku di bahagian kepala sebelah kiri yg menyebabkan anggota sebelah kanan abahnya tidak bergerak lagi...amat pilu hatinya waktu itu...malam itulah dia mengalirkan air mata...semahu2nya dia menangis...dia tidak menangis siang tadi kerana dia tidak mahu dianggap lemah...tidak tidak mahu ibunya melihat dia sedih...dia kuatkan hati..tabahkan dirinya....dia nak menunjukkan bahawa dia mampu hadapi semua ini...dan hakikatnya tiada siapa yg tahu...
2 tahun kemudian......
Alhamdulillah...En Halim boleh berjalan walaupun tidak seperti keadaan yg normal...anggota sebelah kanannya masih perlu diubati....sekarang En Halim perlu memakan ubat ikut waktunya...tidak boleh tinggal..tidak boleh lupa...harus makan...dulu...sebelum sakit...dia hanya mengambil sikap sambil lewa dengan kesihatannya....darah tinggi..itulah yg menyebabkan dia dengan keadaan sekarang....demam yg tinggi yg dialaminya pada malam itu telah membuatkan darah tingginya meningkat....apakan daya...semua itu sudah di takdirkan....terima dengan redha adalah jalan yg terbaik...Allah tidak akan menguji hambanya, dengan keadaan yg hambanya tidak mampu hadapi...itu adalah apa yang Nuri ingat dan Fahami....
Semasa Hari Bapa....Nuri seorang yg tidak tahu meluahkan isi hati dengan percakapan....dia amat susah untuk menyampaikan Selamat Hari Bapa untuk abahnya...Namun dia mahu abahnya tahu bahawa...dalam keadaan macam mana sekali pun...Sayangnya terhadap abahnya semakin bertambah...bertambah..dan bertambah....kerana dia masih ingat...kalau mahukan sesuatu di mintanya pada ibunya, ibunya melarang..tetapi bula minta kepada abahnya...abahnya beri sahaja...itulah yg membuatkan kasih nya tertumpah lebih pada abahnya..bukan Nuri tidak sayang pada ibunya cuma...itulah yg sebenarnya....dia sayang kedua2 nya...tanpa mereka...tiadalah dirinya untuk hidup di Bumi Allah ini...teringatkan Hari Bapa....Bapa org lain nampak sempurna...tetapi bapanya ada kekurangan...sedih mengenangkan itu...tapi...Nuri x mampu untuk berbuat apa...Hatinya hanya meruntun hiba lagi....
Setiap hari bila merenung keadaan En Halim...hati Nuri tersentuh...dia sedih...dan air matanya kini mudah mengalir....kesedihannya tidak dapat dikawal...sedihnya bila dia melihat abahnya sukar untuk melakukan kerja2 yg lasak...berjalan pun agak sukar...kadang2 tu nak jatuh pun ada...kasihan apabila melihatkan keadaan itu...kadang2 Nuri juga ada terkasar dengan abahnya...tetapi dia tidak sengaja...bila dia sedar dengan kekasarannya itu...dia menangis sendiri..menyesal dengan apa yg telah dia buat...tapi berat juga mulutnya untuk mengatakan maaf...tetapi keadaannya tidak lama...selepas itu ok kembali....begitulah kisah hidupnya....oleh itu...Sayangilah ibu bapa kita...Hingga Hujung Nyawa....sedarlah...jangan kita menyesal kemudian hari....semasa hayat dikandung badan berbaktilah kepada mereka....mereka TIADA gantinya.....
No comments:
Post a Comment